Wednesday, November 11, 2009

Kem Obor - Nur Afiqah 3E2

PERADUAN 24JAM OBOR

Pada bulan Jun yang lalu, saya dan dua lagi rakan saya telah menyertai Kem Obor yang telah dianjurkan oleh Singapore Press Holdings. Kem tersebut diadakan selama 24 jam sahaja namun, kami yang terlibat telah memanfaatkan masa kami ketika di sana. Bagi pembukaan tirai kem itu, pelajar Sekolah Menengah Pei Hwa serta pelajar-pelajar dari sekolah lain diberikan penjelasan yang ringkas tentang aktiviti-aktiviti yang akan berlaku sepanjang kem tersebut. Aktiviti pertama yang harus kami lakukan ialah pemetikan gambar di Marina Barrage. Sebelum pemetikan gambar bermula, kami diajar olah jurugambar Berita Harian tentang pemilihan gambar yang ingin dipetik dan cara-cara untuk memetik gambar supaya ianya kelihatan sempurna. Kami diberi masa selama 30 minit untuk memetik gambar di persekitaran Marina Barrage. Selepas pemetikan gambar, kami pulang ke Singapore Press Holdings untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang seterusnya.
Setibanya di Singapore Press Holdings, kami harus bersiap sedia bagi aktiviti seterusnya iaitu menjalani kursus komputer yang mengajar kami cara menggunakan khidmat Adobe. Kursus tersebut sangat penting kerana kami diperlukan untuk menggunakan khidmat Adobe bagi melaksanakan projek kami.
Selepas kursus tersebut, kami diajar tentang cara-cara untuk menjadi seorang wartawan yang bagus dan handal. Menjelang malam, walaupun kami sudah berasa letih, kami tetap bersemangat kerana kami akan berpeluang untuk menemu ramah Kumpulan Sleeq. Aktiviti temu ramah bersama Kumpulan Sleeq merupakan aktiviti yang paling menyeronokkan. Kami dapat menanyakan soalan-soalan yang bermain-main di minda kepada anggota-anggota Sleeq secara terbuka. Setelah selesainya temu ramah, cabaran Kem Obor pun bermula. Kami secara kumpulan harus menyiapkan satu mukasurat keratan akhbar yang mengandungi informasi tentang aktiviti yang telah dilakukan sepanjang hari. Cabaran Kem Obor itu bermula dari jam 11 malam hingga ke jam lima pagi. Kami harus menahan keletihan bagi menyelesaikan cabaran tersebut. Akhirnya, dengan kerjasama secara berkumpulan, saya dan kedua-dua rakan saya berjaya menyelesaikan cabaran tersebut. Selepas kem tersebut, saya berasa bahawa saya telah pun menimba pelbagai pengetahuan baru walaupun pada waktu yang agak pendek.

Dikarya oleh :
Nur Afiqah Bte Zulkiffli
Menengah 3E2
Sekolah Menengah Pei Hwa

No comments: