Monday, July 14, 2008

TM




Gambar2 dari Titian Minda 2008.

Untuk para pelajar yang berminat, peringkat ahir Bahas 4PM akan diadakan pada hari Jumaat ini!!

Titian Minda

Terperanjat ada, gembira juga ada apabila diumumkan bahawa mauduk “Sikap Berani Remaja lebih mendatangkan kebaikan” yang akan dibincangkan pada peringkat akhir Titian Minda 2008 itu yang telah berlangsung pada 26hb June 2008.

Teater televisyen Mediacorp telah menjadi tuan rumah dimana pembahasan yang terdiri daripada pembahas-pembahas dari Republik Singapura dan juga Brunei Darussalam.

Tidak terlintas di fikiran yang kami adalah satu-satunya Sekolah Menengah yang hadir bagi pertandingan akhir itu. Antara sekolah-sekolah lain yang hadir menyokong adalah Maktab Rendah Tampines dan Serangoon dan Madrasah Aljunied dan AlMaarif. Tetamu Undangan Encik Masagos Zulkifli juga telah menyerikan acara.

Pencampuran antara negeri pada setiap kumpulan memberikan lebih keadilan kepada kedua-dua pihak. Pihak Pencadang yang telah menamakan diri mereka Remaja K.I.P.-Kreatif, Inovatif dan Profuktif.dan Pihak Penyanggah pula Remaja Canggih.

Bahas bermula dengan Pencadang Pertama membentangkan hujah-hujah yang akan menjadi perbualan oleh kumpulan pencadangnya. Kemudian pula, disambung pula Penyanggah Pertama, dimana takrifan takut oleh mereka dikongsi, iaitu “tidak takut dan tidak gentar!” Globalisasi boleh menukar arah tujuan remaja-remaja kini. Itulah pendapat saya.

Menurut kata bekas peserta Titian Minda 2004,Muhammad Aznil, 21, berpendapat bahawa “Titian Minda 2008 kini lebih mencabar, diselitkan pula elemen drama dan juga ia kini diberi masa yang singkat dibandingkan dengan tahun 2004.”

Elemen drama adalah kelainan bagi pertandingan peringkat akhir tahun ini. Kumpulan diberi 5 minit untuk berlakon mengikut hujahan-hujahan mereka yang telah dan akan dibincangkan.

“Remaja juga berani bersuara untuk mendapatkan kebenaran dan hak mereka.” Itulah kekata yang telah diberi pihak Pencadang tentang remaja. Remaja juga “menjamin kestabilan politik masa hadapan.”

Simpulan Bahasa “marahkan nyamuk,kelambu dibakar” yang datangnya dari Pencadang Keempat juga menunjukkan refleksi kepada remaja-remaja yang panas baran di zaman ini.

“Lebih gaya dan Bahasa yang kreatif dan baik berbanding tahun lalu” Muhammad Syahrudin, seorang penonton berkata. Sokongan tahun ini juga lebih banyak berbanding tahun lalu.” Menurutnya juga, dia boleh menyokong pihak Penyanggah kerana mereka “lebih banyak stail dan lebih bersedia untuk berhujah.”

Akhirnya, keputusan memberi laluan kepada kumpulan penyanggah Remaja K.I.P. untuk menjulangkan pingat juara. Pembahas terbaik juga datangnya dari kumpulan penyanggah.

Rumusan akhir dikongsi bersama oleh kumpulan penyanggah dimana ciciran dari sekolah diakibatkan kerja sambilan dan manusia kurang maju kerana mudah berputus asa dan tidak berazam untuk berkelulusan tinggi.

Titian Minda 2008 telah memberikan setiap pelajar sekolah saya, dan pastinya sekolah yang lain, sedikit-sebanyak informasi yang diperlukan tentang kehidupan remaja. Menurut Rosadayana Amirawatie, 15, “bahas tahun ini cukup informatif dan berstail, mengikut citarasa remaja kini dan saya telah pelajari banyak dari pembahasan ini.”

Bahas adalah satu-satunya cara untuk kita memperkuatkan Bahasa Ibunda kita dengan cara yang berbeza dan lebih menarik, jadi cubalah berbahas jika ada peluang.

LAPORA DISIAPKAN OLEH LUQMAN

Bengkel Kewartawanan




Gambar-gambar Adlin Sabrina dan juga Luqman yang telah mengambil bahagian dalam Bengkel Kewartawanan anjuran Kelab Obor Berita Harian. Mereka telah diperkenalkan kepada kerjaya sebagai seorang waratawan dan sempat beramah mesra dengan wartawan-wartawan Berita Harian.

Pantun Nasihat

Kita telah pun melihat pantun-pantun teka-teki. Tetapi ada pantun yang berbentuk lain. Contohnya adalah pantun-pantun yang berbentuk pantun nasihat yang kadangkala juga berniat untuk menyndir orang.

Contohnya:

Bintang tujuh sinar berseri,
bulan purnama datang menerpa;
Ajaran guru hendaklah dicari,
Apa yang dapat jangan dilupa.

Cuaca redup di tepi muara,
Angin barat bertiup nyaman;
Bahtera hidup kemudinya usaha,
Tanamkan kudrat pada keazaman.
(dari Muhd HaziQ 1E6)


Di sini kita dapat melihat bahawa Haziq cuba memberi nasihat pada si pembaca. Dalam rangkap yang pertama, dia berpesan agar kita jangan lupa dan abaikan pelajaran yang telah kita perolehi. Dalam rangkap yang kedua pula dia mengingatkan bahawa usaha dan keazaman itu penting dalam hidup. Syabas Haziq!

Pantun Teka-teki

Pantun merupakan satu-satunya puisi Melayu tradisional yang dikatakan sebagai milik orang Melayu yang tidak dipinjam dari mana-mana tamadun di dunia. Pantun sememangnya sudah sebati dengan jati diri orang Melayu dan telah menjadi permainan bahasa orang-orang Melayu kita, lebih-lebih lagi mereka yang sekarang sudah bergelar datuk dan nenek. Sekarang, keupayaan membina dan merangkapkan pantun selalu dikaitkan dengan penguasaan bahasa Melayu yang amat mendalam. Baru-baru ini, Persatuan Bahasa Melayu Universiti Kebangsaan Singapura telah mengadakan peraduan pantun yang dikenali sebagai Pesta Pantun, dan dalam kesempatan ini, guru-guru di Pei Hwa juga telah mengajar pelajar-pelajar menengah satu Ekspress dan satu Normal(Akademik) cara-cara menulis pantun. Mungkin kita mulakan dengan memaparkan pantun-pantun teka-teki yang telah mereka tuliskan. Cubalah teka jawapan kepada pantun-pantun berikut:

Burung nuri burung dara,
terbang ke sisi taman kayangan;
Cubalah teka wahai saudara,
semakin diisi semakin ringan.
(dari Nur Amelia 1E4)

Tuan puteri belajar menari,
tari diajar oleh Pak Harun;
Kalau tuan bijak bestari,
apa yang naik tak pernah turun?
(dari Nur Amelia 1E4)

Budak-budak bermain batu,
batu dikira satu persatu;
Badannya lurus berbadan satu,
ekornya tajam apakah itu?
(dari Nabeel Zaheer 1E4)

Ada sebiji roda pedati,
bentuknya bulat daripada besi,
Bila bermain diikat sekuar hati;
dilempar hidup dipegang mati.
(dari Nurul Nadhirah 1E4)

Cubalah jawab pantun teka-teki berikut.
Nantikan jawapannya dimasa yang lain.