Monday, November 9, 2009

Bengkel Kewartawanan - Nurul Hidayah 3E2

13-14 Jun 2009 merupakan tarikh berlangsungnya bengkel kewartawanan anjuran Obor! Berita Harian. Tiga pelajar 3 Ekpress dari Pei Hwa menyertai bengkel ini! Bukan main seronok cikgu tengok mereka. Inilah catatan mereka.


Tempat:
Dewan SPH (Singapore Press Holdings)
1000 Toa Payoh North

Tarikh: 13 - 14 Jun 2009

Kem Obor adalah satu kem pertandingan dua-puluh empat jam dimana ia menguji kepintaran dan kecergasan para pelajar dalam menyiapkan tugasan yang diberi. Pada 13 an 14 Julai 2009 , saya dan rakan-rakan saya telah menghadiri kem ini dan kami mempelajari pelbagai informasi tentang pengambaran dan cara-cara menulis artikel yang baik. Ilmu yang kami pelajari di kem ini sangat berguna dan ia boleh dimanfaatkan. Walaupun kem ini hanya sehari , kami dapat berinteraksi dan berkenalan dengan pelajar-pelajar di sekolah lain. Kami dapat bertukar-tukar pendapat dengan mereka.
Kem ini bukan sahaja menguji kecergasan minda tetapi ia juga menguji para peserta dalam segi kesabaran dan kreativiti setiap pelajar. Sepanjang pertandingan ini , saya mempelajari bahawa usaha kerjasama dan kesabaran adalah faktor yang terpenting untuk berjaya. Selain daripada itu , kita juga harus bertukar-tukar pendapat dan berbincang bersama kumpulan sebelum menulis sebuah artikel. Cabaran yang kami hadapi dalam pertandingan ini ialah rasa letih dan mengantuk.
Pertandingan ini amat manyeronokkan kerana Kumpulan Sleeq dijemput untuk memeriahkan lagi kem ini. Kumpulan Sleeq adalah kumpulan yang amat diminati ramai remaja dan mereka ditemuramah oleh para peserta. Saya juga tidak melepaskan peluang untuk menanyakan beberapa soalan kepada mereka. Ada juga pelajar-pelajar yang asyik mengambil gambar mereka. Dalam sesi temu bual ini , kami dapat mengenali anggota-anggota Sleeq dan mereka tidak sombong walaupun mereka telah menjadi usahawan muda. Saya kagum dengan usaha keras mereka.
Saya menulis artikel tentang Kumpulan Sleeq dan saya cuba sedaya upaya saya untuk menghasilkan artikel yang terbaik dan menarik. Walaupun hasil kerja saya itu tidak sebaik yang saya inginkan tetapi saya berasa gembira kerana itu adalah artikel yang pertama saya lakukan. Sewaktu menulis artikel tersebut, saya menghadapi beberapa cabaran iaitu kesukaran untuk mendapat idea yang baik dan penulisan yang sesuai. Dengan pendapat dan pertolongan kumpulan saya , akhirnya artikel itu berjaya dihasilkan!
Walaupun kami tidak berjaya dalam pertandingan ini , kami berpuas hati dan berasa gembira kerana pengalaman menyertai kem ini amat berguna dan akan sentiasa diingati. Kemenangan tidak penting bagi kami kerana kami tahu bahawa kami telah membuat yang terbaik untuk pertandingan ini. Usaha kami berbaloi pada akhir pertandingan ini walaupun kami rasa letih dan penat.
Ditulis oleh:
Nurul Hidayah 3E2
Sekolah Menengah Pei Hwa

No comments: