Monday, February 26, 2007

PeMenang Kuiz Feb


Tahniah Kepada Siti Fatimah 3e5
Pemenang Pertama Kuiz Blog Bahasa Melayu Pei Hwa
Jawapan : Pei Hwa Bermaksud Memupuk / Menyemai / Mengasah Bakat

Friday, February 23, 2007

BuaYa Di SunGai PunGGol


Suatu pagi aku sedang berenang dengan teman aku di Sungai Punggol. Sungai itu tempat aku dan teman aku dilahirkan. Ketika itu aku ternampak beberapa orang budak lelaki dengan pakaian sekolah mereka sedang bermain di tebing sungai dan kemudian bermandi manda dengan riangnya. Aku hanya memerhatikannya dari jauh.

Tiba-tiba aku terdengar salah seorang budak itu menjenit meminta tolong. Tolong! Tolong! Aku berenang ke arahnya. Ia hampir tenggelam. Teman-temannya yang lain berenang ke tebing ketakutan apabila melihat mulut aku di permukaan air. Apabila tiba di tempat kejadian itu, aku membuka rahangku lalu menarik budak yang hampir kelemasan itu ke tempatku bersembunyi. Suara teman-temannya menjerit sekuat hati cuba menakutkan aku.

Tiba-tiba aku terlanggar sebatang kayu yang hanyut dan budak lelaki itu terlepas dari mulutku. Aku terus menyelam ke dasar sungai dan meninggalkan budak itu tersangkut di kayu itu.

Tidak lama kemudian kedengaran enjin-enjit bot dan kawasan tempat aku bermain dikepung. Aku dapati sekitar tebing itu dipenuhi dengan orang ramai yang ingin melihatku. Aku dapati beberapa orang penyelam dan umpanan dicampakkan ke air untuk sajianku. Aku pun berenang ke permukaan untuk memakannya tetapi ia merupakan satu perangkap. Aku tidak berani naik ke permukaan air.

Berita itu menjadi berita hangat di surat khabar. Bahaya! Seekor buaya sepanjang satu meter ditemui di Sungai Punggol. Awas!

Karya : ZULHILMY RIDHWAN RAHMAT
Menengah : 1N1

Wednesday, February 21, 2007

Pengsan Akibat Diet


Camilla dan Putri adalah dua orang pelajar perempuan di Sekolah Menengah Perempuan Jalan Kayu. Mereka berumur enam belas tahun pada tahun ini. Mereka menduduki peperiksaan peringkat ‘O’ tahun ini. Walau bagaimanapun, mereka juga risau tentang diet pemakanan mereka. Camilla dan Putri juga telah berkawan rapat sejak darjah tiga lagi. Mereka juga di dalam kelas yanag sama. Mereka seperti isi dengan kuku. Di mana Camilla ada, pasti ada Putri dan sebaliknya. Tentang diet mereka, guru latihan jasmani mereka telah menasihati murid-muridnya untuk makan sedikit nasi bagi makan petang dan malam tetapi mereka tetap berdegil.

Camilla dan Putri ada kelas tambahan pada suatu petang Jumaat tahun lalu. Mereka berdua bercadang untuk berlapar pada hari itu. Mereka meninggalkan waktu makan tengah hari dan juga tidak minum apa-apa sepanjang hari di sekolah. Saya diberitahu yang Camilla telah makan yogurt untuk sarapannya tetapi Putri tidak makan atau minum sesuatu pun. Camilla menasihati Putri supaya makan sesuatu sebelum meneruskan dietnya untuk kurus. Mereka berdua mahu kuruskan badan kerana menerima ejekan dari Mariam, Hazima dan ramai lagi yang mereka gemuk dan tidak dapat berlari dengan pantas. Tekanan dari kawan-kawan membuat mereka tertekan sehinggakan mereka memilih cara ini untuk menguruskan badan .

Pada hari itu, Camilla dan Putri mempunyai kelas tambahan. Mereka duduk bersebelahan. Mereka ada kelas tambahan Bahasa Melayu pada hari itu. Semua murid Melayu harus hadir. Dua musuh Camilla dan Putri juga hadir. Apabila mereka bersua sebelum kelas, Hazima telah mengejek mereka dengan bertanya, “Kau berdua sudah turun berapa kilogram?" Kemudian dia berlalu. Putri cuba melawan, tetapi gagal kerana tiba-tiba dia rebah. Cikgu Naz, guru Bahasa Melayu Hazima pun tiba. Dia bertanya kepada Hazima apa yang berlaku. Dia terpaksa menipu kerana takut didenda. Ambulans dipanggil dan dihubungi dengan segera. Sementara menunggu ambulans, Putri tersedar, tetapi lemah sungguh. Mukanya pucat lesi. Putri juga diberi air suam untuk minum supaya pulih sedikit.

Apabila ambulans tiba beberapa minit kemudian, Putri tetap lemah. Dia tidak dibawa ke hospital kerana tidak berapa teruk. Putri dirawat di luar kelas dan seperti biasa, murid–murid lain semua mengerumuninya. Camilla mula menangis kerana ia adalah cadangannya untuk berdiet dan berlapar. Setelah Putri dirawat dengan diberi biskut bertenaga serta air, Putri sudah pulih sedikit, hanya pening sahaja. Putri dinasihati supaya jangan lupa makan siang lagi, kerana ia adalah waktu makan yang paling penting dalam sehari.

Luqman Bin Abdul Manap
Men 2E3
Sekolah Menengah Pei Hwa

Saturday, February 17, 2007

Gong Xi Fa Cai


Guru-Guru & Para Pelajar Bahasa Melayu Sekolah Menengah Pei Hwa
MenguCapkan Gong Xi Fa Cai
Kepada Pengetua Miss Chong
Guru-Guru & Para Pelajar Kaum Cina
Yang Meraikan Tahun Baru Cina 2007
SemoGa Beroleh Kejayaan & Kemewahan
Selamat Sejahtera

Tuesday, February 13, 2007

SuRat Buat TeMan


Sarinah Binte Adam
135 Rivervale Avenue 12
Singapura 234135

12hb Febuari 2007

Menemui saudara Muhd Haziq Bin Halimi
Dengan selamatnya

Apa khabar? Sudah lama kita tidak bertemu. Jika tidak silap jangkaan saya, sudah lima tahun, kita tidak bersua. Saya berharap agar saudara sihat sejahtera bersama orang yang tersayang.

Di sini, saya sihat-sihat belaka. Saya dengar dari teman sekolah kamu yang kamu didapati tidak hadir ke sekolah selama beberapa minggu dan kamu sedang mengalami masalah kewangan keluarga. Di sini, saya ingin menolong kamu.

Kamu cuba dapatkan pertolongan daripada Mendaki ataupun badan-badan bantu diri. Kamu memberitahu mereka masalah kamu tentang hal kewangan. Mereka boleh membantu kamu. Mereka akan memberi kamu tuisyen percuma, membayar duit sekolah dan pengangkutan percuma. Apa-apa sahaja tentang hal sekolah, Mendaki akan cuba menolong kamu. Kalau tentang hal makanan setiap bulanan, kamu boleh mendapat pertolongan daripada masjid atau CDC Timur Laut. Mereka akan membantu dari segi makanan seperti beras, minyak, gula, garam dan sebagai dengan percuma. Jadi kamu tidak perlu khuatir.

Nasihat saya untuk kamu ialah memberi tumpuan kepada pelajaran kamu. Saya sekeluarga akan mencuba menolong kamu sekeluarga. Kamu hubungilah saya ya! Kalau kamu tekun dan sabar, akan kamu berjaya bak kata pepatah, genggam bara api, biar sampai jadi arang.

Yang benar,
Sarinah

Karya : ERRA YUHANIS BTE A GHANI
Pelajar : 1N2

Saturday, February 10, 2007

JurNal MinGGu 6


HARI ISTIMEWA bagiku ialah hari pertama aku mendengar tangisan bayi abangku. Dia baru sahaja dilahirkan ke dunia beberapa hari yang lalu. Mendengar tangisannya, membuatku tersenyum dan gembira. Inilah kali pertama aku dapat mendukung seorang bayi yang baru dilahirkan.

Dialah yang menjadi penawar apabila aku sedang berduka dan marah. Wajahnya yang comel berseri benar-benar menawan hatiku. Aku tidak dapat melahirkan perasaan marahku bila bersamanya. Aku tidak sampai hati melihat dia menangis bersendirian. Aku benar-benar ceria bersamanya. Padaku setiap hari bersamanya adalah HARI ISTIMEWA kerana Allah telah memanjangkan usiaku sehari lagi bersamanya. Itulah nikmat. Aku bersyukur dengan nikmatNYA. Allahmdulliah.

Karya : Muhd Asyraf
Menengah : 3E5

Thursday, February 8, 2007

Berikan Aku Kekuatan


Waktu bergerak terlalu pantas di kota ini. Kota New York ini dikatakan sebagai jantung dunia. Bulan September di sini seperti bulan-bulan lain juga , tidak terasa perbezaanya. Manusia sibuk menuju ke arah sendiri dengan aktiviti masing-masing. Ia bukan berkaitan dengan perasaan cinta. Semuanya sibuk mengejar cita-cita, kuasa dan wang. Aku pula memerap di rumah sahaja. Puas aku terlentang, aku berbaring. Kemudian menangis semahu-mahuku. Tidak tertahan rasa pilu yang menghiris-hiris ulu hatiku.

Tiba-tiba sahaja, aku teringatkan masa laluku yang terlalu menyedihkan. Kisah itu berlaku kira-kira lima tahun yang lalu. Aku merupakan seorang mahasiswi di sebuah universiti. Di situ, aku berkenalan dengan seorang jejaka bernama Ilham Hazami. Namanya yang cukup indah itu sama seperti orangnya. Dia bukan sahaja seorang yang kacak, malah dia juga baik hati, penyayang dan pandai menjaga hatiku. Sifatnya itulah yang telah memikat hatiku.

Kami telah menjalinkan hubungan ini selam setahun. Aku cukup bahagia sehingga pada suatu hari, dia menyuarakan hasrat hatinya kepadaku. Dia ingin melamarku dan menjadikanku teman hidupnya. Pada mulanya, aku berasa sungguh gembira tetapi kata-kata ibuku kembali terngiang-ngiang di telingaku. Dia pernah berkata, "Selagi kau belum peroleh segulung ijazah, kau tidak boleh berkahwin. Aku mahu kau tumpukan perhatian pada pelajaran. Kalau kau ingkar, aku tidak akan mengaku kau anak aku. Faham!". Kata-katannya yang cukup kasar masih lagi berbekas di hatiku. Aku mula menjadi cemas kerana aku takut ibu akan memaksaku menolak lamaran Ilham sedangkan aku amat mencintainya.

Aku telah tekad untuk menerima lamaran Ilham walaupun ibuku tidak bersetuju. Akhirnya , ayahku bersetuju untuk menikahkan kami tanpa restu ibuku. Aku tetap rasa bersalah tetapi aku tidak menyesal berkahwin dengan Ilham kerana dia melayanku dengan baik sekali semenjak kami bergelar suami isteri. Perasaan bahagia itu tidak kekal lama. Ia telah berubah menjadi trajedi yang paling menyedihkan. Ini semua berlaku sewaktu kami pergi berbulan madu di sebuah pulau peranginan.

Pada malam itu , ketika aku mengajak Ilham untuk masuk tidur, dia menolak. Dia mengatakan bahawa dia belum mengantuk. Aku menemaninya sambil menghirup udara malam. Beberapa minit kemudian,dia menyuruhku memejam mataku. Aku yang berasa pelik tetap akur dengan permintaanya. Dia memimpinku ke dalam bilik. Sebalik mataku dibuka, aku terpegun. Bilik itu diterangi cahaya lilin. "Selamat hari lahir yang ke dua puluh tahun, sayang. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat," Ilham bersuara penuh romantis sambil mengucup dahiku. Aku rasa sungguh bahagia sekali kerana suamiku mengingati tarikh lahirku sedangkan aku terlupa. Dia menghadiahkanku seutas tasbih dan sebuah surah Yassin.

Aku rasa pelik dan terus memikirkan makna pemberian itu. Ilham berkata , "Sebenarnya abang cuma mahu isteri abang sentiasa mengingati Allah. Kalau boleh abang nak Ika jadi seorang muslimah sejati." Aku lantas memeluknya. Tidak sia-sia aku mengahwininya. Beberapa jam kemudian, kami pun tidur.

Tiba-tiba , aku terasa ada sesuatu yang mengganggu tidurku. Walaupun terlalu mengantuk, tetapi gerakan badanku memaksaku untuk membuka mata. Aku menoleh ke sebelah. Segera pandanganku jatuh pada Ilham yang sedang tercungap-cungap. Nafasnya tidak teratur dan mengeluarkan bunyi yang kuat. Tangannya pula menekan dadanya yang berombak kencang. Melihat keadaan itu, aku bingkas bangun dan memangku kepalanya. Aku semakin cemas apabila bibir Ilham yang sudah kebiruan.

Aku membisikkan dua kalimah syahadah ke telinganya. Ilham mengikutnya tanpa suara. Aku menjadi panik apabila nafas Ilham tidak sekuat tadi. Tiba-tiba nafasnya tidak kedengaran lagi dan kepalanya terkulai di pangkuanku. Aku memeluknya sambil meraung memanggil namanya. Namun yang pergi tetap pergi. Rupa-rupanya Ilham menghidap asma yang agak teruk.

Surah Yassin dan tasbih itu sebenarnya dihadiahkan untukku supaya aku pula menghadiahkannya doa-doa yang dibekalkan kepadanya. "Ya Allah, kau cucurilah rahmat ke atas roh Abang Ilham. Tempatkanlah dia bersama-sama orang yang soleh, beriman dan bertakwa. Amin," doaku dalam hati.

Itu sebabnya aku membawa diri hingga ke kota New York supaya dapat memulakan kehidupan baru. Nama Ilham Hazami akan terpahat kukuh dalam hatiku. Itu aku pasti keran tiada seorang lelaki pun dapat menandingininya. Mungkin ada hikmah di sebalik ini semua. Adakah ibuku menghalang perkahwinan ini kerana dia dapat merasakan sesuatu. Ah! Itu aku tidak dapat mereka. Yang pentingnya, aku tidak pernah menyesal akan perkahwinanku dengan lelaki yang amat aku cintai walaupun kenyataan ini amat pedih untuk aku terima, namun aku redha dengan apa yang aku hadapi. Aku hanya bermohon pada tuhan untuk memberikanku kekuatan meneruskan kehidupan ini.

Karya : Siti Nur Raudha
Menengah : 3E5

Monday, February 5, 2007

LaWatan Ke BanGkok


Saya telah ke Bangkok, Thailand pada dua tahun yang lalu. Saya ke sana pada bulan Jun untuk melawat bapa saya. Kami tinggal di sana selama sebulan kerana bapa saya bekerja di Thailand. Setelah seminggu berada di Thailand, bapa saya bercadang membawa kami sekeluarga ke tempat-tempat lawatan yang menarik.

Adik-adik saya berasa sungguh ghairah untuk melawatinya. Pagi-pagi lagi kami telah bangun lebih awal kerana tempat lawatan itu jauhnya dua jam perjalanan dari tempat tinggal kami. Bapa saya khuatirkan kesesakan lalu-lintas yang sering terjadi di sini.

Akhirnya kami di tiba di sebuah taman bunga. Bunga mataharinya yang sedang berkembang sungguh besar, sebesar muka saya. Saya begitu terpesona dengan keindahan pemandangan dan bunga-bunga yang mekar dan berkembang berwarna-warni.

Di Taman Fantasi bapa membeli enam tiket untuk sekeluarga. Kami dapati terdapat pelbagai jenis permainan untuk semua peringkat umur disediakan. Saya dan adik-adik saya bergilir-gilir menunggu giliran kami untuk merasai pelbagai jenis permainan tersebut. Ketika kami menaiki ‘roller coaster’ perjalanannya sungguh laju seperti kilat dan menyeramkan. Kami terpekik-pekik ketka menaikinya. Di ‘super splash’ pula pakaian kami basah kuyup kerana kena percikan air tetapi sungguh menyeronokkan. Banyak lagi jenis permainan yang kami naiki hingga kami kepenatan.

Setelah penat bermain dan berehat sambil menjamu selera akhirnya kami berangkat untuk pulang ke rumah. Kami tiba di rumah ketika hari menjelang malam. Pengalaman melancong itu masih segar dalam ingatan saya setiap kali saya membuka album lawatan kami ke Thailand. Kata orang jauh berjalan luas pandangan.


Karya : Siti Aisyah
Menengah : 2N2

Friday, February 2, 2007

KuiZ FeBuaRi


Sila Jawap Kuiz Mudah Ini
Anda Akan Memenangi $5.00 Baucar McDonald
Sila Jawab Di Tag
Tulis Jawapan Dalam Bahasa Melayu
Sertakan : Nama & Kelas

Soalannya : Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Pei Hwa