Friday, March 9, 2007

PotRet KeNanGan



Pertama sekali saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengetua Pei Hwa Cik Chong, HOD Cik Teo, teman-teman sejawatan dan paling utama Cikgu Rositah yang banyak membantu saya di Pei Hwa. Terima kasih Cikgu Rositah!

Tetapi yang tidak dapat saya lupakan ialah para pelajar Pei Hwa yang saya ajar kerana bersama saya selama 3.5 jam setiap minggu ataupun 35 jam selama 10 minggu. Suasana sopan, mesra, ceria, serius, sedih, geram, marah, benci mewarnai suasana di kelas saya. Tetapi yang paling penting ialah saling menghormati antara satu sama lain. Menjadi insan yang mulia dan jangan bersikap kurang ajar!

Pelajar Pei Hwa membuat saya gembira setiap pagi untuk ke sekolah. Sebenarnya kita berkongsi kehidupan. Kita berkongsi ilmu. Bahawa kita saling memerlukan antara satu sama lain!

Dalam masa yang singkat saya cuba menerapkan visi Pei Hwa iaitu Memupuk Bakat yang ada dalam diri setiap pelajar sama ada dari segi penulisan kreatif, pertuturan, kesenian dan lakonan. Saya harap bakat-bakat yang mula bertunas itu akan terus subur dan berkembang!

Akhir sekali saya mendoakan kejayaan setiap pelajar yang berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan ko-kurikulum. Selamat Berjaya!

Wednesday, March 7, 2007

Malang Tak BerBau


“Tolong! Tolong!” Tiba-tiba seorang budak muncul di hadapanku. Badannya menggigil ketakutan. “Itu! Itu!” katanya dengan suara yang terketar-ketar. Rupa-rupanya, Farid yang meminta tolong . Farid adalah adik kawan sedarjahku.

Apabila aku menoleh ke belakang, alangkah terkejutnya aku apabila ternampak Chee Seong teman sekolahku dahulu terbaring di jalan raya berlumuran darah. Dia telah terlibat dalam satu kemalangan di jalan raya. Dia kini telah dibawa ke Hospital Besar Singapura. Puan Lilian, ibu tirinya tiba di tempat kejadiaan beberapa minit kemudian. Ibunya berasa panik. Dia merasakan dunia menjadi gelap seketika.

Tanpa melengah-lengahkan masa Puan Lilian menghubungi suaminya di Kelab golf untuk memberitahunya tentang kemalangan yang menimpa Chee Seong. Dia kemudiannya bergegas ke hospital. Aku menemani Puan Lilian. Di sepanjang perjalanan dia menangis. Dia berasa amat menyesal kerana bersetuju membelikan Chee Seong motosikal yang dimintanya. Selain itu, dia juga menyesal kerana terlalu mengikutkan hati dan kehendak anak tunggalnya itu.

Sebaik sahaja tiba di hospital, dia terus menuju ke kaunter pendaftaran pesakit. Rupa-rupanya Chee Seong masih berada di dalam unit rawatan rapi. Setibanya di situ kelihatan Encik William baru sahaja keluar dari bilik itu sambil mengesat air matanya.

“Bersabarlah, apa yang berlaku sudah suratan takdir, Chee Seong telah pergi meninggalkan kita buat selamanya”, katanya kepada Puan Lilian.

Puan Lilian tidak dapat berkata apa-apa. Dadanya menjadi sebak dan lidahnya kelu. Dia tergamam seketika dan setelah sedar terus memeluk suaminya dan menangis semahu-mahunya. Walau bagaimanapun, tiada apa yang boleh dilakukan oleh mereka kerana bak kata pepatah “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.”

Karya : Fasyiha
Pelajar Menengah 2N

Monday, March 5, 2007

KuiZ Bulan Julai

Menangi Hadiah Baucer $5.00 Restoran Makanan Segera
Dengan Menjawab Soalan Mudah

Untuk Menjawab -> KLIK COMMENTS - Di Bawah
Tulis Jawapan Di Ruang Comment
Kemudian -> Klik Anonymous Sebelum Klik Publish
Jangan Lupa
Tulis Nama dan Kelas. Selamat Berjaya!
Jawab teka-teki ini.

1. Ada satu benda, jika kita berdiri ia baring, kita baring ia berdiri tetapi bila kita jalan ia pun ikut sama. Hendak tinggalkan pun tidak boleh!
Jawapan : __________________ ?

2. Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? Tengahnya tidak dimakan!
Jawapan : _________________ ?

3. Haiwan apa perutnya di kepala, kakinya di kepala bahkan mata dan mulutnya di kepala?
Jawapan. : ________________ ?

Thursday, March 1, 2007

BiCaRa GuRu


Salam sejahtera kepada semua para pelajar Bahasa Melayu Pei Hwa. Minggu ini minggu ke sembilan. Setelah hampir sepenggal dilalui, banyak yang telah dipelajari sama ada di dalam bilik darjah ataupun di luar bilik darjah. Semoga ia akan mendewasakan para pelajar menjadi insan yang matang.

Tahun ini telah lahir lelaman web blog Karya Pelajar Pei Hwa untuk menjadi wadah para pelajar berkarya di samping berkongsi informasi pelajar, sekolah dan masyarakat. Ucapan terima kasih kepada para pelajar yang telah menyumbangkan karya mereka di web blog ini dan tahniah kepada pemenang pertama kuiz bahasa bulan Febuari.

Diharapkan para pelajar menggunakan Bahasa Melayu ketika menulis di ‘tag board’ yang disediakan. Kami memerlukan maklum balas dari setiap para pelajar untuk memperbaiki isi kandungan web blog ini agar memenuhi cita rasa para pelajar di samping tidak lupa mencapai visi Pei Hwa iaitu Memupuk Bakat pada diri setiap para pelajar Pei Hwa sama ada dalam bidang akademik mahupun kegiatan ko-kurikulum.

Akhir sekali semoga semua pelajar beroleh keputusan ujian penggal satu yang memuaskan mengikut usaha yang telah dicurahkan sejak awal tahun. Bagi cuti penggal pertama yang akan menjelang tidak lama lagi, gunakan masa-masa cuti tersebut dengan berfaedah.

Kepada Nur SyiRain kami doakan semoga kembali pulih dari kecederaannya dan kepada para pelajar lain ingatlah : Benih azam yang menyusur diri adalah warna ketinggian nurani, renda kemenangan adalah cambahan kesabaran yang tidak pernah pudar. Ayuh....bangun merentangi halangan demi sebuah mekarnya kejayaan.