Wednesday, November 11, 2009

Bengkel Kewartawanan - Amalina 3E6

PERADUAN 24 JAM OBOR


Pengalaman menghadiri Kem Obor 2009 yang lalu tidak akan dapat saya lupakan. Peluang menghadiri kem kewartawanan ini telah memberi banyak pelajaran kepada saya. Walaupun kem ini memerlukan saya dan teman-teman yang lain untuk bersengkang mata demi menghabiskan tugasan yang diberi, saya rasa ianya amat berbaloi kerana pengalaman yang diraih amat memberangsangkan.

Pada pendapat saya, cabaran yang diberikan bukanlah mudah. Ianya memerlukan kekuatan bahasa dan daya pemikiran yang tinggi serta kreatif. Di dalam cabaran yang diberikan, para peserta bukan sahaja perlu menulis artikel-artikel yang menarik, malahan, para peserta juga harus menggunakan gambar-gambar yang diambil untuk menghiasi ruangan artikel masing-masing. Gambar-gambar tersebut datangnya dari para peserta Kem Obor sendiri. Para peserta di Kem Obor 2009 ini telah pun dibawa ke Empangan Marina untuk sesi fotografi menggunakan kamera milik mereka sendiri. Bagi kumpulan saya, sayalah orang yang asyik sibuk memetik gambar! Lawatan ke Empangan Marina itu bukan sahaja memberi kami peluang untuk mengambil foto-foto bagi cabaran kami, malahan kami dapat lebih mendalami keunikan tempat itu.

Walaupun pada keselurUhannya saya dan dua lagi teman sekumpulan yang lain tidak memenangi sebarang anugerah, kami bertiga tetap berasa gembira kerana telah diberi peluang untul menghadiri kem kewartawanan ini kerana ia telah banyak membantu kami dalam segi komunikasi dan tulisan. Bukan itu sahaja saya dan salah satu dari ahli kumpulan saya juga telah bertemu dengan seorang teman sekolah rendah yang sudah putus hubungan selama lebih dari enam tahun.

Alangkah seronoknya kem ini? Saya juga pasti bahawa peserta-peserta yang lain turut berasa bangga dengan kejayaan dah hasil kerja mereka sendiri. Setelah diberi peluang untuk menghadiri kem ini, kini saya lebih tahu tentang tugas seorang wartawan.



Ditulis oleh:
Oleh:Amalina Bte. Azman
Menengah 3E6
Sekolah Menengah Pei Hwa

No comments: