Wednesday, January 31, 2007

Cef HiDayat


Menu yang akan saya hidangkan ialah NASI AYAM. Saya memilih NASI AYAM kerana ia mengandungi nasi, daging ayam, sop, sayur dan sos cili. Ia adalah jenis makanan yang seimbang yang baik. Ia adalah makanan yang seimbang berdasarkan piramid makanan seimbang yang saya ketahui.

Bahan-bahannya ialah daging ayam, nasi, sayur, sop dan sos cili. Pertama sekali anda harus memotong daging ayam. Daging ayam itu sama ada digoreng ataupun direbus. Terpulang kepada selera anda.

Selepas itu anda menanak nasi. Bukan seperti nasi biasa, tetapi nasi itu perlu dibubuh santan untuk melemakkannya dan daun pandan untuk menimbulkan bau harumnya.

Kemudian anda menyediakan sopnya yang dibubuh pati ayam dan dimasak sehingga mendidih. Hidangkan NASI AYAM anda untuk makan siang ataupun malam dengan dihiasi sayur kobis dan irisan timun serta cili sos. Selamat Mencuba.

Menu Nasi Ayam : Hidayat
Menengah : 1NT

Tuesday, January 30, 2007

JurNal MinGGu 4


Membantu Golongan Yang Susah
Oleh Aleem Firdaus bin Subarjono
Menengah : 2N2

Saya sering menderma wang kepada pengemis-pengemis di mana sahaja. Saya akan sekurang kurangnya memberi mereka dua dolar untuk belanja makan. Saya juga menderma wang saya kepada “NKF” (Yayasan Buah Pinggang) untuk menolong golongan pesakit ginjal.

Saya pernah sekali menolong bayarkan makanan untuk seorang pakcik yang susah. Harganya tiga dolar tetapi dia hanya mempunyai sedolar. Dia dimarahi oleh penjual itu kerana kekurangan wang. Pakcik itu meminta diskaun kerana dia tidak mempunyai wang lebih daripada satu dolar.

Saya ke hadapan dan membayarkan makanannya. Dia mengucapkan terima kasih. Saya memberi sedikit wang kepadanya untuk membeli apa yang diperlukannya. Saya berasa kasihan. Saya bersyukur saya dapat hidup senang. Saya diberi wang sekolah, rumah dan makan oleh keluarga saya. Saya akan menolong sesiapa pun yang susah tanpa mengira bangsa atau agama.

Monday, January 29, 2007

SayanGi HaiWan



PasRah


Karangan Naratif

Mengakhiri Cerita :
. . . . Hatiku berkata yang walaupun kenyataan ini amat pedih untuk aku terima, namun aku redha dengan apa yang aku hadapi. Aku hanya dapat bermohon pada tuhan untuk memberikanku kekuatan meneruskan kehidupan ini.
________________________________________________

Setiap manusia di dunia ini menginginkan kebebasan. Kebebasan untuk menjalani hidup mengikut kemahuan hati dan juga kebebasan untuk menghirup udara yang segar.

Namun hidupku ini seperti tidak bererti lagi. Hari-hariku dihabiskan di sebuah kamar yang sangat sepi. Jarang aku dapat melihat burung-burung berterbangan di langit dan pemandangan yang indah dan mententeramkan jiwa ketika matahari terbenam.

Ingatanku tercampak ke tasik kenangan lama sewaktu aku mendapat berita yang mengejutkan dan merubah hidupku secara drastik. Kebelakangan ini aku sering muntah-muntah dan mabuk. Bila dibawa berjumpa doktor, aku terus menjalani ujian darah.

Beberapa hari kemudian, doktor mengesahkan aku menghidap penyakit leukimia dan hidupku hanya tinggal enam bulan sahaja. Berita itu sungguh menyusuk dan menyayat hati. Pertanyaan demi pertanyaan sering menjentik hati dan perasaanku.

Ya Allah! . . .Dapatkah aku penawar bagi penyakitku ini seperti pepatah, pucuk yang layu disiram hujan? Beberapa titik air jernih membasahi pipi mudaku.

Leukimia ialah sejenis penyakit yang tiada ubatnya melainkan seseorang itu menjalani operasi menukar som-som dengan orang lain yang mempunyai golongan darah yang sama. Walaupun begitu, operasi itu memerlukan belanja yang besar dan risikonya juga tinggi. Seseorang itu menghidap penyakit leukimia kerana mempunyai terlalu banyak sel darah putih sehinggakan ianya memakan darah merah. Kimoterapi boleh dilakukan tetapi ia amat sakit dan inilah yang mengakibatkan rambut seseorang itu gugur. Kimoterapi dapat mematikan kuman dan mungkin dapat memanjangkan sedikit jangka hayat seseorang yang menghidap penyakit leukimia.

Apa gunanya hidup apabila aku sudah mengetahui jangka waktu sebelum aku melelapkan mata? Pertanyaan-pertanyaan ini sering bermain di fikiranku. Setiap hari aku semakin parah. Meraung dalam kesakitan dan melihat rambutku gugur satu persatu. Tidak tahan rasanya aku memikul semua beban ini seorang tetapi apa yang hendak diperbuat kerana ini adalah cubaan yang harus aku tempuhi.

"Aisha, doktor ingin memeriksa kamu. "Tersentak aku apabila terdengar suara doktor Fiza memanggilku. Aku mengelap titisan air dipipiku dan cuba memberikan sebuah senyuman yang manis kepada doktor Fiza namun senyumanku tidak dapat menutup mendung yang menyeluputi wajahku. Hatiku berkata yang walaupun kenyataan ini amat pedih untuk aku terima, namun aku redha dengan apa yang aku hadapi. Aku hanya dapat bermohon pada tuhan untuk memberikanku kekuatan meneruskan kehidupan ini.

Karya : Faridah Abu Bakar
Menengah : 2E2

Saturday, January 13, 2007

Selamat Datang


Selamat Datang Ke Lelaman Karya Pelajar
Sekolah Menengah Pei Hwa

Visi Utamanya Ialah Mempertingkatkan & Memperkayakan
Kemahiran Bahasa Melayu Para Pelajar Sekolah Menengah Pei Hwa
Dari Segi Penulisan, Pertuturan & Pendengaran

Di Samping Melahirkan Insan Yang Bermoral Dan Berhemah Tinggi
Berkhidmat Untuk Keluarga, Masyarakat & Negara