Tuesday, January 19, 2010

Tahniah!

Tahniah para pelajar dan guru-guru Pei Hwa di atas keputusan peringkat O yang baik sekali. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada para pelajar yang lain dan guru-guru untuk teruskan usaha dengan lebih gigih lagi.

Cikgu Rositah telah pun membelanja para pelajar yang mendapat kepujian di dalam keputudan bahasa Melayu. Haah! Semoga, hubungan antara guru dan para pelajar terjalin kukuh hendaknya.. Dan bagi para pelajar ini, harap-harap, janganlah lupa jasa guru-guru Pei Hwa ye? Ingat pesanan peribahasa, Janganlah jadi kacang lupakan kulit.





































































Friday, January 15, 2010

Program Perbualan Bahasa Mandarin dan Melayu

Ingin belajar satu bahasa yang baru? Ingin berbual dengan teman bangsa Tionghua dalam bahasa Mandarin? Inilah peluangnya. Program Perbualan Bahasa Mandarin/ Melayu, atau Conversational Chinese dan Malay Language akan dimulakan pada penggal kedua.

TEMPAT: BILIK BAHASA IBUNDA (MT ROOM)
TARIKH MULA: PENGGAL 2 MINGGU 1 - 5
HARI: Setiap hari Isnin dan Rabu
MASA: 2.30 - 4.30 petang. *waktu rehat akan diberikan

CARANYA?
DAFTAR DIRI DENGAN GURU BAHASA MELAYU KAMU.. CEPAT SEBELUM TEMPAT HABIS DITEMPAH..

Friday, January 8, 2010

PErTEMuan @NaNYang Poli



Selamat Tahun Baru Kepada Cg Rositah & Guru-Guru BM Pei Hwa
Dan Kepada Para Pelajar BM Sekolah Menengah Pei Hwa
Semoga Berjaya & Terus Cemerlang

Wednesday, November 11, 2009

Iftar bersama 2NA













2009 tidak lama lagi akan melabuhkan tirainya. Banyak kenangan manis dan juga pahit yang dicipta bersama, baik di dalam kelas, mahupun di luar. Antara kenangan indah yang pastinya menyerikan tahun 2009 ialah sesi iftar bersama dengan 2NA. Suhaizan pernah bertanya, "Apa itu iftar?" Iftar itu apa? Tengok sahaja gambar-gambar ini pasti pelajar akan tahu makna iftar. Sesi iftar bersama 2NA diadakan pada bulan Ramadhan, di Mad Jack's.


Terima kasih kepada pelajar-pelajar tersayang 2NA kerana hadir pada hari itu. :) Terutama sekali kepada Nafis Aznan, yang sudi hadirkan diri walaupun hari tersebut merupakan hari lahirnya. Selamat Ulang tahun Nafis.

Pelajar 2E dan Guru Pelatih














Pada 25hb Oktober, sekumpulan guru pelatih dari Institut Pendidikan Nasional (NIE)datang ke Pei Hwa. Tujuan mereka adalah untuk menjalankan suatu kajian amali terhadap kelas 2Ekspres. Topik mereka amat menarik, iaitu mengenai pengajaran kesusasteraan, khususnya dalam bentuk sajak. Cikgu lihat pelajar-pelajar 2Ekpres amat aktif melibatkan diri. Guru pelatih pun ada memberi maklum balas. Katanya, pelajar-pelajar 2Ekspres amat berdisiplin! Bangga dan kembang hati cikgu mendengar pujian tersebut. Cikgu berharap tahun hadapan akan ada lebih banyak kerjasama antara Pei Hwa dan juga NIE.


Kem Obor - Habibul

Muhd Habibul Rahman(35) 3E4
Bengkel Motivasi
Pada Cuti semester yang lalu,para pelajar 3 expres dan 3normal yang disertai Cikgu Rositah telah menghadiri satu bengkel motivasi yang telah diadakan di sekolah menengah Nan Chiau.Kami disertai dengan pelajar-pelajar dari beberapa buah sekolah yang lain.Pengsyarah kita untuk bengkel tersebut ialah Encik Zulkifli yang mempunyai kelulusan masters.
Pada mulanya,saya tidak langsung pun berasa ghairah untuk menghadiri bengkel ini kerana tidak merasakan bengkel ini memanfaatkan.Tambahan pula saya merasa amat layu dan mengantuk kerana kekurangan tidur.Tetapi perasaan itu menjadi sebaliknya sejurus sahaja Encik Zulkifli memulakan ceramahnya.
Encik Zulkifli memulakan ceramahnya dengan menanyakan kami semua satu soalan yang ringkas sahaja.”Apa yang kamu ingin menjadi apabila dewasa nanti?”Kami semua pun mula tertanya-tanya.Soalan yang terlintas di fikiran saya ialah memang pada mulanya impian kita boleh kami pilih tetapi apakah yang telah kami lakukan untuk memberi jaminan bahawa adakah impian kita itu akan menjadi satu realiti?
Encik Zulkifli telah memberi saya semangat yang baru untuk terus berjaya baik dari segi pelajaran ataupun kehidupan.Tiada sesiapa pun yang boleh menentukan masa depan kita kecuali diri kami sendiri.Kunci kejayaan ialah untuk bekerja keras dan bukan mengambil jalan yang mudah.Satu isu yang Encik Zulkifli menegaskan ialah pemilihan kawan.Kita harus sentiasa berwaspada apabila memilih kawan kerana pengaruhan pasti terjadi walaupun ia positif atau sebaliknya.Kawan yang ketawa bersama,pasti ramai.Tetapi,amat sukar untuk kita mencari kawan yang menangis bersama.
Memang saya tidak menafikan bahawa mencapai kejayaan bukannya sesuatu yang mudah tetapi ia juga bukan mustahil.Usaha yang gigih pasti akan dibalas dengan baik dan dengan berkat doa kedua-dua ibu-bapa kami pasti kami boleh meraih setinggi-tinggi kejayaan dalam kehidupan.Seperti bak kata perpatah,berakit-rakit ke hulu,berselam-selam ketepian,Bersakit-sakit dahulu,Bersenang-senang kemudian.

Kem Obor - Nur Afiqah 3E2

PERADUAN 24JAM OBOR

Pada bulan Jun yang lalu, saya dan dua lagi rakan saya telah menyertai Kem Obor yang telah dianjurkan oleh Singapore Press Holdings. Kem tersebut diadakan selama 24 jam sahaja namun, kami yang terlibat telah memanfaatkan masa kami ketika di sana. Bagi pembukaan tirai kem itu, pelajar Sekolah Menengah Pei Hwa serta pelajar-pelajar dari sekolah lain diberikan penjelasan yang ringkas tentang aktiviti-aktiviti yang akan berlaku sepanjang kem tersebut. Aktiviti pertama yang harus kami lakukan ialah pemetikan gambar di Marina Barrage. Sebelum pemetikan gambar bermula, kami diajar olah jurugambar Berita Harian tentang pemilihan gambar yang ingin dipetik dan cara-cara untuk memetik gambar supaya ianya kelihatan sempurna. Kami diberi masa selama 30 minit untuk memetik gambar di persekitaran Marina Barrage. Selepas pemetikan gambar, kami pulang ke Singapore Press Holdings untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang seterusnya.
Setibanya di Singapore Press Holdings, kami harus bersiap sedia bagi aktiviti seterusnya iaitu menjalani kursus komputer yang mengajar kami cara menggunakan khidmat Adobe. Kursus tersebut sangat penting kerana kami diperlukan untuk menggunakan khidmat Adobe bagi melaksanakan projek kami.
Selepas kursus tersebut, kami diajar tentang cara-cara untuk menjadi seorang wartawan yang bagus dan handal. Menjelang malam, walaupun kami sudah berasa letih, kami tetap bersemangat kerana kami akan berpeluang untuk menemu ramah Kumpulan Sleeq. Aktiviti temu ramah bersama Kumpulan Sleeq merupakan aktiviti yang paling menyeronokkan. Kami dapat menanyakan soalan-soalan yang bermain-main di minda kepada anggota-anggota Sleeq secara terbuka. Setelah selesainya temu ramah, cabaran Kem Obor pun bermula. Kami secara kumpulan harus menyiapkan satu mukasurat keratan akhbar yang mengandungi informasi tentang aktiviti yang telah dilakukan sepanjang hari. Cabaran Kem Obor itu bermula dari jam 11 malam hingga ke jam lima pagi. Kami harus menahan keletihan bagi menyelesaikan cabaran tersebut. Akhirnya, dengan kerjasama secara berkumpulan, saya dan kedua-dua rakan saya berjaya menyelesaikan cabaran tersebut. Selepas kem tersebut, saya berasa bahawa saya telah pun menimba pelbagai pengetahuan baru walaupun pada waktu yang agak pendek.

Dikarya oleh :
Nur Afiqah Bte Zulkiffli
Menengah 3E2
Sekolah Menengah Pei Hwa

Bengkel Kewartawanan - Amalina 3E6

PERADUAN 24 JAM OBOR


Pengalaman menghadiri Kem Obor 2009 yang lalu tidak akan dapat saya lupakan. Peluang menghadiri kem kewartawanan ini telah memberi banyak pelajaran kepada saya. Walaupun kem ini memerlukan saya dan teman-teman yang lain untuk bersengkang mata demi menghabiskan tugasan yang diberi, saya rasa ianya amat berbaloi kerana pengalaman yang diraih amat memberangsangkan.

Pada pendapat saya, cabaran yang diberikan bukanlah mudah. Ianya memerlukan kekuatan bahasa dan daya pemikiran yang tinggi serta kreatif. Di dalam cabaran yang diberikan, para peserta bukan sahaja perlu menulis artikel-artikel yang menarik, malahan, para peserta juga harus menggunakan gambar-gambar yang diambil untuk menghiasi ruangan artikel masing-masing. Gambar-gambar tersebut datangnya dari para peserta Kem Obor sendiri. Para peserta di Kem Obor 2009 ini telah pun dibawa ke Empangan Marina untuk sesi fotografi menggunakan kamera milik mereka sendiri. Bagi kumpulan saya, sayalah orang yang asyik sibuk memetik gambar! Lawatan ke Empangan Marina itu bukan sahaja memberi kami peluang untuk mengambil foto-foto bagi cabaran kami, malahan kami dapat lebih mendalami keunikan tempat itu.

Walaupun pada keselurUhannya saya dan dua lagi teman sekumpulan yang lain tidak memenangi sebarang anugerah, kami bertiga tetap berasa gembira kerana telah diberi peluang untul menghadiri kem kewartawanan ini kerana ia telah banyak membantu kami dalam segi komunikasi dan tulisan. Bukan itu sahaja saya dan salah satu dari ahli kumpulan saya juga telah bertemu dengan seorang teman sekolah rendah yang sudah putus hubungan selama lebih dari enam tahun.

Alangkah seronoknya kem ini? Saya juga pasti bahawa peserta-peserta yang lain turut berasa bangga dengan kejayaan dah hasil kerja mereka sendiri. Setelah diberi peluang untuk menghadiri kem ini, kini saya lebih tahu tentang tugas seorang wartawan.



Ditulis oleh:
Oleh:Amalina Bte. Azman
Menengah 3E6
Sekolah Menengah Pei Hwa

Monday, November 9, 2009

Bengkel Kewartawanan - Nurul Hidayah 3E2

13-14 Jun 2009 merupakan tarikh berlangsungnya bengkel kewartawanan anjuran Obor! Berita Harian. Tiga pelajar 3 Ekpress dari Pei Hwa menyertai bengkel ini! Bukan main seronok cikgu tengok mereka. Inilah catatan mereka.


Tempat:
Dewan SPH (Singapore Press Holdings)
1000 Toa Payoh North

Tarikh: 13 - 14 Jun 2009

Kem Obor adalah satu kem pertandingan dua-puluh empat jam dimana ia menguji kepintaran dan kecergasan para pelajar dalam menyiapkan tugasan yang diberi. Pada 13 an 14 Julai 2009 , saya dan rakan-rakan saya telah menghadiri kem ini dan kami mempelajari pelbagai informasi tentang pengambaran dan cara-cara menulis artikel yang baik. Ilmu yang kami pelajari di kem ini sangat berguna dan ia boleh dimanfaatkan. Walaupun kem ini hanya sehari , kami dapat berinteraksi dan berkenalan dengan pelajar-pelajar di sekolah lain. Kami dapat bertukar-tukar pendapat dengan mereka.
Kem ini bukan sahaja menguji kecergasan minda tetapi ia juga menguji para peserta dalam segi kesabaran dan kreativiti setiap pelajar. Sepanjang pertandingan ini , saya mempelajari bahawa usaha kerjasama dan kesabaran adalah faktor yang terpenting untuk berjaya. Selain daripada itu , kita juga harus bertukar-tukar pendapat dan berbincang bersama kumpulan sebelum menulis sebuah artikel. Cabaran yang kami hadapi dalam pertandingan ini ialah rasa letih dan mengantuk.
Pertandingan ini amat manyeronokkan kerana Kumpulan Sleeq dijemput untuk memeriahkan lagi kem ini. Kumpulan Sleeq adalah kumpulan yang amat diminati ramai remaja dan mereka ditemuramah oleh para peserta. Saya juga tidak melepaskan peluang untuk menanyakan beberapa soalan kepada mereka. Ada juga pelajar-pelajar yang asyik mengambil gambar mereka. Dalam sesi temu bual ini , kami dapat mengenali anggota-anggota Sleeq dan mereka tidak sombong walaupun mereka telah menjadi usahawan muda. Saya kagum dengan usaha keras mereka.
Saya menulis artikel tentang Kumpulan Sleeq dan saya cuba sedaya upaya saya untuk menghasilkan artikel yang terbaik dan menarik. Walaupun hasil kerja saya itu tidak sebaik yang saya inginkan tetapi saya berasa gembira kerana itu adalah artikel yang pertama saya lakukan. Sewaktu menulis artikel tersebut, saya menghadapi beberapa cabaran iaitu kesukaran untuk mendapat idea yang baik dan penulisan yang sesuai. Dengan pendapat dan pertolongan kumpulan saya , akhirnya artikel itu berjaya dihasilkan!
Walaupun kami tidak berjaya dalam pertandingan ini , kami berpuas hati dan berasa gembira kerana pengalaman menyertai kem ini amat berguna dan akan sentiasa diingati. Kemenangan tidak penting bagi kami kerana kami tahu bahawa kami telah membuat yang terbaik untuk pertandingan ini. Usaha kami berbaloi pada akhir pertandingan ini walaupun kami rasa letih dan penat.
Ditulis oleh:
Nurul Hidayah 3E2
Sekolah Menengah Pei Hwa

Sambutan Hari Guru
















Sambutan Hari Guru tahun ini amat membanggakan. Pelajar-pelajar cikgu semuanya ternyata berani menampilkan diri untuk menonjolkan bakat nyanyian dan menari mereka. Apatah lagi, Mirza Danial, muncul sebagai juara dalam pertandingan menyanyi Idola Pei Hwa. Shasha's Group, yang terdiri dari pelajar-pelajar cikgu juga dapat menjiwai lagu nyanyian mereka sehingga ada yang menitiskan airmata. Aduh! Terkesan sungguh cikgu.. Apa-apa pun, berikut adalah petikan lensa dari kamera cikgu buat santapan ramai. :)