
Salam sejahtera kepada semua para pelajar Bahasa Melayu Pei Hwa. Minggu ini minggu ke sembilan. Setelah hampir sepenggal dilalui, banyak yang telah dipelajari sama ada di dalam bilik darjah ataupun di luar bilik darjah. Semoga ia akan mendewasakan para pelajar menjadi insan yang matang.
Tahun ini telah lahir lelaman web blog Karya Pelajar Pei Hwa untuk menjadi wadah para pelajar berkarya di samping berkongsi informasi pelajar, sekolah dan masyarakat. Ucapan terima kasih kepada para pelajar yang telah menyumbangkan karya mereka di web blog ini dan tahniah kepada pemenang pertama kuiz bahasa bulan Febuari.
Diharapkan para pelajar menggunakan Bahasa Melayu ketika menulis di ‘tag board’ yang disediakan. Kami memerlukan maklum balas dari setiap para pelajar untuk memperbaiki isi kandungan web blog ini agar memenuhi cita rasa para pelajar di samping tidak lupa mencapai visi Pei Hwa iaitu Memupuk Bakat pada diri setiap para pelajar Pei Hwa sama ada dalam bidang akademik mahupun kegiatan ko-kurikulum.
Akhir sekali semoga semua pelajar beroleh keputusan ujian penggal satu yang memuaskan mengikut usaha yang telah dicurahkan sejak awal tahun. Bagi cuti penggal pertama yang akan menjelang tidak lama lagi, gunakan masa-masa cuti tersebut dengan berfaedah.
Kepada Nur SyiRain kami doakan semoga kembali pulih dari kecederaannya dan kepada para pelajar lain ingatlah : Benih azam yang menyusur diri adalah warna ketinggian nurani, renda kemenangan adalah cambahan kesabaran yang tidak pernah pudar. Ayuh....bangun merentangi halangan demi sebuah mekarnya kejayaan.
No comments:
Post a Comment