Friday, March 9, 2007

PotRet KeNanGan



Pertama sekali saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengetua Pei Hwa Cik Chong, HOD Cik Teo, teman-teman sejawatan dan paling utama Cikgu Rositah yang banyak membantu saya di Pei Hwa. Terima kasih Cikgu Rositah!

Tetapi yang tidak dapat saya lupakan ialah para pelajar Pei Hwa yang saya ajar kerana bersama saya selama 3.5 jam setiap minggu ataupun 35 jam selama 10 minggu. Suasana sopan, mesra, ceria, serius, sedih, geram, marah, benci mewarnai suasana di kelas saya. Tetapi yang paling penting ialah saling menghormati antara satu sama lain. Menjadi insan yang mulia dan jangan bersikap kurang ajar!

Pelajar Pei Hwa membuat saya gembira setiap pagi untuk ke sekolah. Sebenarnya kita berkongsi kehidupan. Kita berkongsi ilmu. Bahawa kita saling memerlukan antara satu sama lain!

Dalam masa yang singkat saya cuba menerapkan visi Pei Hwa iaitu Memupuk Bakat yang ada dalam diri setiap pelajar sama ada dari segi penulisan kreatif, pertuturan, kesenian dan lakonan. Saya harap bakat-bakat yang mula bertunas itu akan terus subur dan berkembang!

Akhir sekali saya mendoakan kejayaan setiap pelajar yang berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan ko-kurikulum. Selamat Berjaya!

No comments: