Monday, February 5, 2007

LaWatan Ke BanGkok


Saya telah ke Bangkok, Thailand pada dua tahun yang lalu. Saya ke sana pada bulan Jun untuk melawat bapa saya. Kami tinggal di sana selama sebulan kerana bapa saya bekerja di Thailand. Setelah seminggu berada di Thailand, bapa saya bercadang membawa kami sekeluarga ke tempat-tempat lawatan yang menarik.

Adik-adik saya berasa sungguh ghairah untuk melawatinya. Pagi-pagi lagi kami telah bangun lebih awal kerana tempat lawatan itu jauhnya dua jam perjalanan dari tempat tinggal kami. Bapa saya khuatirkan kesesakan lalu-lintas yang sering terjadi di sini.

Akhirnya kami di tiba di sebuah taman bunga. Bunga mataharinya yang sedang berkembang sungguh besar, sebesar muka saya. Saya begitu terpesona dengan keindahan pemandangan dan bunga-bunga yang mekar dan berkembang berwarna-warni.

Di Taman Fantasi bapa membeli enam tiket untuk sekeluarga. Kami dapati terdapat pelbagai jenis permainan untuk semua peringkat umur disediakan. Saya dan adik-adik saya bergilir-gilir menunggu giliran kami untuk merasai pelbagai jenis permainan tersebut. Ketika kami menaiki ‘roller coaster’ perjalanannya sungguh laju seperti kilat dan menyeramkan. Kami terpekik-pekik ketka menaikinya. Di ‘super splash’ pula pakaian kami basah kuyup kerana kena percikan air tetapi sungguh menyeronokkan. Banyak lagi jenis permainan yang kami naiki hingga kami kepenatan.

Setelah penat bermain dan berehat sambil menjamu selera akhirnya kami berangkat untuk pulang ke rumah. Kami tiba di rumah ketika hari menjelang malam. Pengalaman melancong itu masih segar dalam ingatan saya setiap kali saya membuka album lawatan kami ke Thailand. Kata orang jauh berjalan luas pandangan.


Karya : Siti Aisyah
Menengah : 2N2

No comments: