Wednesday, February 21, 2007

Pengsan Akibat Diet


Camilla dan Putri adalah dua orang pelajar perempuan di Sekolah Menengah Perempuan Jalan Kayu. Mereka berumur enam belas tahun pada tahun ini. Mereka menduduki peperiksaan peringkat ‘O’ tahun ini. Walau bagaimanapun, mereka juga risau tentang diet pemakanan mereka. Camilla dan Putri juga telah berkawan rapat sejak darjah tiga lagi. Mereka juga di dalam kelas yanag sama. Mereka seperti isi dengan kuku. Di mana Camilla ada, pasti ada Putri dan sebaliknya. Tentang diet mereka, guru latihan jasmani mereka telah menasihati murid-muridnya untuk makan sedikit nasi bagi makan petang dan malam tetapi mereka tetap berdegil.

Camilla dan Putri ada kelas tambahan pada suatu petang Jumaat tahun lalu. Mereka berdua bercadang untuk berlapar pada hari itu. Mereka meninggalkan waktu makan tengah hari dan juga tidak minum apa-apa sepanjang hari di sekolah. Saya diberitahu yang Camilla telah makan yogurt untuk sarapannya tetapi Putri tidak makan atau minum sesuatu pun. Camilla menasihati Putri supaya makan sesuatu sebelum meneruskan dietnya untuk kurus. Mereka berdua mahu kuruskan badan kerana menerima ejekan dari Mariam, Hazima dan ramai lagi yang mereka gemuk dan tidak dapat berlari dengan pantas. Tekanan dari kawan-kawan membuat mereka tertekan sehinggakan mereka memilih cara ini untuk menguruskan badan .

Pada hari itu, Camilla dan Putri mempunyai kelas tambahan. Mereka duduk bersebelahan. Mereka ada kelas tambahan Bahasa Melayu pada hari itu. Semua murid Melayu harus hadir. Dua musuh Camilla dan Putri juga hadir. Apabila mereka bersua sebelum kelas, Hazima telah mengejek mereka dengan bertanya, “Kau berdua sudah turun berapa kilogram?" Kemudian dia berlalu. Putri cuba melawan, tetapi gagal kerana tiba-tiba dia rebah. Cikgu Naz, guru Bahasa Melayu Hazima pun tiba. Dia bertanya kepada Hazima apa yang berlaku. Dia terpaksa menipu kerana takut didenda. Ambulans dipanggil dan dihubungi dengan segera. Sementara menunggu ambulans, Putri tersedar, tetapi lemah sungguh. Mukanya pucat lesi. Putri juga diberi air suam untuk minum supaya pulih sedikit.

Apabila ambulans tiba beberapa minit kemudian, Putri tetap lemah. Dia tidak dibawa ke hospital kerana tidak berapa teruk. Putri dirawat di luar kelas dan seperti biasa, murid–murid lain semua mengerumuninya. Camilla mula menangis kerana ia adalah cadangannya untuk berdiet dan berlapar. Setelah Putri dirawat dengan diberi biskut bertenaga serta air, Putri sudah pulih sedikit, hanya pening sahaja. Putri dinasihati supaya jangan lupa makan siang lagi, kerana ia adalah waktu makan yang paling penting dalam sehari.

Luqman Bin Abdul Manap
Men 2E3
Sekolah Menengah Pei Hwa

No comments: