Monday, July 14, 2008

Pantun Teka-teki

Pantun merupakan satu-satunya puisi Melayu tradisional yang dikatakan sebagai milik orang Melayu yang tidak dipinjam dari mana-mana tamadun di dunia. Pantun sememangnya sudah sebati dengan jati diri orang Melayu dan telah menjadi permainan bahasa orang-orang Melayu kita, lebih-lebih lagi mereka yang sekarang sudah bergelar datuk dan nenek. Sekarang, keupayaan membina dan merangkapkan pantun selalu dikaitkan dengan penguasaan bahasa Melayu yang amat mendalam. Baru-baru ini, Persatuan Bahasa Melayu Universiti Kebangsaan Singapura telah mengadakan peraduan pantun yang dikenali sebagai Pesta Pantun, dan dalam kesempatan ini, guru-guru di Pei Hwa juga telah mengajar pelajar-pelajar menengah satu Ekspress dan satu Normal(Akademik) cara-cara menulis pantun. Mungkin kita mulakan dengan memaparkan pantun-pantun teka-teki yang telah mereka tuliskan. Cubalah teka jawapan kepada pantun-pantun berikut:

Burung nuri burung dara,
terbang ke sisi taman kayangan;
Cubalah teka wahai saudara,
semakin diisi semakin ringan.
(dari Nur Amelia 1E4)

Tuan puteri belajar menari,
tari diajar oleh Pak Harun;
Kalau tuan bijak bestari,
apa yang naik tak pernah turun?
(dari Nur Amelia 1E4)

Budak-budak bermain batu,
batu dikira satu persatu;
Badannya lurus berbadan satu,
ekornya tajam apakah itu?
(dari Nabeel Zaheer 1E4)

Ada sebiji roda pedati,
bentuknya bulat daripada besi,
Bila bermain diikat sekuar hati;
dilempar hidup dipegang mati.
(dari Nurul Nadhirah 1E4)

Cubalah jawab pantun teka-teki berikut.
Nantikan jawapannya dimasa yang lain.

No comments: